Tuesday, May 19, 2015

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM ANJUR PROGRAM 60 EARTH HOUR 2015
– SAHUT KEMPEN SELAMATKAN BUMI
28 MAC 2015
6.30 PTG HINGGA 11.00 MALAM

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Program 60 Earth Hour bertempat di Dataran Kemerdekaan buat kali kelima yang telah dilaksanakan sejak tahun 2011 bertujuan menyampaikan maklumat berkenaan permasalahan pemanasan global (global warming) yang semakin meruncing akibat pembangunan pada masa kini. Lebih daripada 3000 pengunjung hadir memeriahkan suasana dan

menyertai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung.

Antara pengisian acara yang dilaksanakan adalah acara simbolik  penutupan lampu di Dataran Kemerdekaan selama sejam mulai jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Bangunan-bangunan dan premis-premis sekitar pusat bandar Shah Alam turut bersama-sama memadamkan lampu selama 1 jam bagi menunjukan tanda

sokongan terhadap kempen yang dilaksanakan ini.

Selain itu, acara utama bagi program ini adalah kayuhan malam ‘Night Cycling’ yang disertai lebih daripada 1500 pengayuh yang telah mengambil bahagian dalam

aktiviti kayuhan mengeliling pusat bandar Shah Alam sejauh 21.6 kilometer. Antara

laluan yang dilalui adalah Seksyen 14, 10, 4, 2, 18 dan 24. Acara kayuhan ini

merupakan tanda sokongan terhadap kempen ini. Acara pelepasan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.

Program 60 Earth Hour dimulakan dengan acara sampingan seperti persembahan kebudayaan dari kumpulan Balle-Balle dan ‘Sembang Santai’ bersama selebriti

Adam Corrie. Turut diadakan solat Maghrib berjemaah dengan para pengunjung.

Program 60 Earth Hour seterusnya diserikan dengan nyanyian lagu ‘We Love Shah Alam’. Para pengunjung juga disajikan dengan tayangan video Earth Hour,

persembahan pancaragam dari ‘Batteryheadz Drum Line’ sebagai acara gimik pelepasan perserta berbasikal.

Para pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan pentas iaitu persembahan instrumental ‘bamboo flute’ dari Rohaslam Hizad, persembahan pancaragam ‘Beg Pipe’ dari Sekolah Menengah Saint John dan persembahan artis

Asfan. Pengunjung bertuah turut memenangi cabutan bertuah yang disediakan khas untuk mereka. Seramai 100 orang peserta kanak-kanak berusia diantara 4

hingga 12 tahun menyertai pertandingan mewarna mengikut 3 kategori bertema

‘Berbakti Kepada Bumi’.

Program 60 Earth Hour ini juga menyediakan pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti AMDEC, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad. Turut disediakan pameran daripada jabatan-jabatan MBSA bagi memperkenalkan pekhidmatan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh MBSA seperti Jabatan Taman & Rekreasi, Jabatan Perancangan, Jabatan Korporat & Pembangunan Komuniti, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Khidmat Pengurusan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

Program 60 Earth Hour ini merupakan kempen global bertujuan menyampaikan maklumat berkenaan pemanasan global (global warming) yang menyebabkan kemusnahan alam sekitar. Bagi melindungi kesejahteraan dan keseimbangan alam, pihak World Wildlife Fund (WWF) telah melancarkan Kempen 60 Earth Hour  yang pertama pada tahun 2007 yang telah diadakan di Sydney, Australia. Kempen yang dilaksanakan ini adalah aktiviti tahunan yang menggalak dan memberi peluang kepada setiap individu untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap pemuliharaan alam sekitar.

Pihak Majlis berharap melalui program seperti ini dapat mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dalam memulihara keseimbangan alam sekitar di

muka bumi ini.  Melalui aktiviti yang dijalankan ini masyarakat juga akan mendapat maklumat dan pengetahuan mengenai usaha-usaha yang dilaksanakan diserata dunia dalam usaha memelihara alam sekitar.

0 comments: