Wednesday, February 25, 2009

Taklimat Media
Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Selangor
Asas & Matlamat Kerajaan Negeri Selangor

Panel Penilai Air Kerajaan Negeri Selangor
Tarikh : 25 February 2009 (Jumaat)
Tempat : Auditorium MBSA

Saturday, February 21, 2009


PERTANDINGAN DART SHAH ALAM 2009
21 HINGGA 22 FEBRUARI 2009
DEWAN BOLA TAMPAR SEKSYEN4, SHAH ALAM

Tuan Mazalan Md. Noor, Datuk Bandar Shah Alam merasmikan Penutupan Pertandingan Dart Shah Alam dengan melontar dart sebagai gimik

Azmi Ariff, salah seorang daripada ahli kumpulan Dury sedang membuat bidikan ke arah papan dart

Salah seorang peserta daripada pasukan DSPX sedang beraksi

Tuan Mazalan Md. Noor, Datuk Bandar Shah Alam menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Monday, February 16, 2009


PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA DATUK BANDAR KALI KE-2 DAN PELANCARAN KEMPEN SENYUM DAN SALAM MBSA



Tarikh : 16 Februari 2009Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Bankuet MBSA

Dihoskan oleh : Pejabat Cawangan Sungai Buloh

Perhimpunan kali ini telah dihoskan oleh Pej. Cawangan Sg. Buloh. Turut diadakan penyampaian hadiah sempena Anugerah Pentadbiran dan Persekitaran Berkualiti (5S). Pada majlis yang sama juga telah diadakan Pelancaran Kempen Senyum dan Salam.


Pelancaran Kempen Senyum dan Salam


Datuk Bandar turut menyampaikan sijil dan cenderamata kepada penerima Anugerah Pentadbiran dan Persekitaran Berkualiti (5S)



Encik Roslan b. Musa ( Pengurus Pejabat Cawangan Sg. Buloh) sedang memberi taklimat pengurusan Pejabat Cawangan Sg. Buloh





Encik Cheong Kai Cheng (Ahli Majlis) menyampaikan ucapan kepada warga MBSA



Datuk Bandar bersama Ahli-ahli Majlis menghadiri perhimpunan bulanan kali ke-2 pada 16 Februari 2009


Warga kerja daripada setiap jabatan, bahagian serta cawangan MBSA yang hadir pada perhimpunan Datuk Bandar


Datuk Bandar dan Timbalan Datuk Bandar bersama petugas-petugas Kaunter Utama MBSA

Sunday, February 15, 2009



TARIKH : 14 FEBRUARI 2009 (SABTU)
MASA : 08.30 PAGI – 11.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN KERAYONG 25/60 TAMAN SRI MUDA SEKSYEN 25, SHAH ALAM

Program turun padang bersama Y. Bhg Tuan Mazalan Md Noor, Datuk Bandar Shah Alam bertujuan untuk memantau masalah yang berlaku di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam. Datuk Bandar bersama Encik Vembarasan, Ahli Majlis merangkap pengerusi MPP Zon 9 bersama pegawai MBSA turun padang untuk melihat permasalahan yang berlaku di kawasan MPP Zon 9 khususnya di Taman Seri Muda.



Datuk Bandar mengoyakkan iklan haram disekitar kawasan Taman Sri Muda


Sebahagian daripada wakil jabatan MBSA dan AJK MPP Zon 9 yang hadir


AJK Zon 9 mengambil kesempatan untuk mengajukan soalan kepada Datuk Bandar


Y.Bhg. Tuan Mazalan b. Md Noor (Datuk Bandar) (berdiri) menjawab serta menjelaskan segala persoalan yang diajukan oleh AJK MPP Zon 9

Kedai yang beroperasi tanpa kebenaran diarahkan tutup

Wakil media turut serta dalam program turun padang


Kesalahan menutup longkang dikaki lima dan tidak menjaga kebersihan kawasan dan direstoran yang dilawati

Saturday, February 14, 2009

TARIKH : 14 FEBRUARI 2009 (SABTU)
MASA : 10.00 PAGI – 3.00 PETANG
TEMPAT : PERSIARAN PERBANDARANSEKSYEN 10 SHAH ALAM

Shah Alam menjadi tuan rumah venue penamat peringkat ke-6 Le Tour De Langkawi 2009 (LTDL 2009) pada 14 Februari 2009 (Sabtu). Le Tour de Langkawi merupakan acara lumba basikal bertaraf antarabangsa yang akan menyaksikan pelumba-pelumba basikal kebangsaan dan antarabangsa beraksi di dalam kejohanan lumba basikal yang berprestij ini. Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung sepanjang acara ini diadakan. Antaranya Calvacade(kereta berhias daripada penaja),pameran dan aktiviti persembahan kebudayaan, aksi demonstrasi BMX, pertandingan mewarna, jualan dan sebagainya



Sebahagian peminat LTdL 2009 tidak melepaskan peluang untuk melihat secara langsung perlumbaan LTdL 2009


Datuk Bandar (bertopi biru) bersama Ahli-ahli Majlis menunggu ketibaan pelumba


YAB Dato’ Menteri Besar (berbaju biru,tengah) bersama para tetamu kehormat yang hadir menyaksikan LTdL 2009 di Shah Alam


Pelumba-pelumba LTdL 2009 yang tiba di garisan penamat


Acara calvacade sebahagian daripada LTdL 2009


Juara bagi setiap kategori bergambar tanda kemenangan


MBSA turut mengadakan pameran dan Kempen Global Warming

Sunday, February 8, 2009

TARIKH : 7 FEBRUARI 2009 (SABTU)
MASA : 5.00 PETANG – 7.00 PETANG
TEMPAT : TAPAK PASAR MALAM, SEKSYEN 19, SHAH ALAM

Majlis bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan untuk melaksanakan aktiviti Kitar Semula. Program Kitar Semula sisa minyak masak ini disasarkan kepada penduduk stempat, pengendali/pengusaha gerai makanan, pengusaha kantin dan peniaga pasar malam. Program dirasmikan oleh Y.B. Puan Rodziah bt Ismail, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Batu Tiga.

Sebahagian tetamu jemputan yang hadir dalam majlis pelancaran tersebut


Y.B. Puan Rodziah Ismail (tengah),Tuan Mohtar Hani (kiri) (Timb. Datuk Bandar), serta Pn. Azizah (kanan) (Pengarah LUAS) sedang menuang sisa minyak masak ke dalam tong sebagai simbolik pelancaran Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak


Y.B. Puan Rodziah Ismail turut menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak Peringkat DUN Batu Tiga Shah Alam

En. Mazlan (berdiri) sedang berucap dan memberi taklimat mengenai kebaikan kitar semula sisa minyak masak

Jabatan Korporat, MBSA turut mengadakan pameran dan kuiz bertemakan “Global Warming”


Tong Kitar Semula Minyak Masak yang diserahkan kepada wakil penduduk MPP Zon 7,8 dan 9

Y.B. Puan Rodziah Ismail turut memberi sokongan padu kepada Program Kempen Kitar Semula

Monday, February 2, 2009

TARIKH : 1 FEBRUARI 2009 (AHAD)
MASA : 5.00 petang – 6.30 petang
TEMPAT : LAMAN BUDAYA TAMAN TASIK SHAH
ALAM

Program Sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan pada 1 Februari 2009 telah diserikan dengan persembahan kebudayaan dari kumpulan Soka Gakkai Malaysia dan juga persembahan dari Kumpulan Kebudayaan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor.



Persembahan tarian naga daripada kumpulan Soka Gakkai Malaysia



Persembahan tarian daripada kumpulan Soka Gakkai Malaysia




Kumpulan Kebudayaan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan Negeri Selangor.