Saturday, February 14, 2009

TARIKH : 14 FEBRUARI 2009 (SABTU)
MASA : 10.00 PAGI – 3.00 PETANG
TEMPAT : PERSIARAN PERBANDARANSEKSYEN 10 SHAH ALAM

Shah Alam menjadi tuan rumah venue penamat peringkat ke-6 Le Tour De Langkawi 2009 (LTDL 2009) pada 14 Februari 2009 (Sabtu). Le Tour de Langkawi merupakan acara lumba basikal bertaraf antarabangsa yang akan menyaksikan pelumba-pelumba basikal kebangsaan dan antarabangsa beraksi di dalam kejohanan lumba basikal yang berprestij ini. Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung sepanjang acara ini diadakan. Antaranya Calvacade(kereta berhias daripada penaja),pameran dan aktiviti persembahan kebudayaan, aksi demonstrasi BMX, pertandingan mewarna, jualan dan sebagainya



Sebahagian peminat LTdL 2009 tidak melepaskan peluang untuk melihat secara langsung perlumbaan LTdL 2009


Datuk Bandar (bertopi biru) bersama Ahli-ahli Majlis menunggu ketibaan pelumba


YAB Dato’ Menteri Besar (berbaju biru,tengah) bersama para tetamu kehormat yang hadir menyaksikan LTdL 2009 di Shah Alam


Pelumba-pelumba LTdL 2009 yang tiba di garisan penamat


Acara calvacade sebahagian daripada LTdL 2009


Juara bagi setiap kategori bergambar tanda kemenangan


MBSA turut mengadakan pameran dan Kempen Global Warming

0 comments: