Wednesday, November 18, 2009

Program Cuti Sekolah

Program Cuti Sekolah Akhir Tahun 2009 Anjuran MBSA

Borang seperti dibawah :-



PROGRAM SEMPENA MUSIM CUTI PERSEKOLAHAN ANJURAN MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

Adalah dimaklumkan sempena dengan musim cuti persekolahan yang akan tiba tidak berapa lama lagi, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan beberapa aktiviti bagi mengisi masa lapang para pelajar yang akan bercuti panjang sehingga akhir tahun.

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan beberapa aktiviti seperti kelas asas bahasa Mandarin, kelas asas bahasa Arab, kelas muzik (alat muzik kompang dan drum), kelas choral speaking dan juga kelas drama dan juga penulisan (speech and drama). Di samping itu juga, pihak Majlis akan mengadakan aktiviti kelas mempertahankan diri (silat).

Program ini akan diadakan selama 4 minggu sahaja bermula dari 1 Disember sehingga 24 Disember dan kelas akan diadakan 2 kali seminggu. Setiap sesi aktiviti akan berlangsung selama 1 hingga 2 jam.

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam akan menyediakan tenaga pengajar di kalangan warga kerja MBSA yang berpengalaman serta tenaga pengajar luar yang mempunyai kelayakan dan pengalaman di dalam bidang masing-masing. Mereka yang ingin menyertai aktiviti sempena musim cuti persekolahan ini akan dikenakan yuran penyertaan iaitu RM20 untuk setiap aktiviti.
Melalui aktiviti yang diaturkan ini mampu untuk mengembangkan bakat kreatif dan membentuk remaja yang mempunyai daya kepimpinan, mampu berdikari dan mempunyai sifat motivasi yang tinggi. Di samping itu, aktiviti-aktiviti ini juga dapat memacu remaja agar berwawasan berdisiplin, mempunyai kekuatan mental dan jasmani untuk menghadapi kehidupan yang cabaran di masa hadapan.
Harapan Majlis melalui aktiviti ini mampu untuk menjana minda para remaja dan membentuk generasi muda yang cemerlang yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Mereka yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti ini sila hubungi Bahagian Pembangunan Masyarakat, MBSA di talian 03-55222732, 03-55222742 ataupun Bahagian Perhubungan Awam, MBSA di talian 03-55222743 atau 03-555222734.

0 comments: