Thursday, May 21, 2015

LAMAN SENI 7 SHAH ALAM

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam

Produk Pelancongan Baru Di Shah Alam - Galakkan Aktiviti Seni Untuk Menyerlahkan Bakat Dan Kreativiti Golongan Muda​
​Program Pengindahan Lorong Belakang merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat.
Sehubungan itu, MBSA telah memilih lorong belakang kawasan komersial Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Shah Alam  untuk dijadikan Laman Seni 7 Shah Alam melalui aktiviti lukisan mural serta aktiviti seni yang lain seperti persembahan muzik jalanan (basking), jualan kraftangan dan sebagainya.
Lukisan mural ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu '3D Painting', '3D Installation', 'Street Furniture' dan 'Painting On Site'. 10 penyertaan terbaik dari setiap kategori dipilih ke peringkat  akhir untuk  dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam. Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam atau 'Shah Alam community', tarikan pelancongan atau 'tourist attraction' dan berkonsepkan kehijauan atau 'green concept'.
Kewujudan Laman Seni 7 Shah Alam ini diharapkan dapat wajah mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap kawasan lorong belakang yang tidak terurus kepada persepsi positif bahawa lorong belakang ini boleh berubah menjadi pusat tumpuan pelancongan, menggalakkan aktiviti seni dan budaya serta menyerlahkan bakat dan kreativiti orang ramai khususnya generasi muda melalui lukisan mural. Laman Seni 7 ini juga dijangka dapat menarik tumpuan pengunjung dalam dan luar negara serta menjadi produk pelancongan baru di bandar raya Shah Alam.

0 comments: