Thursday, May 21, 2015

​​PERPUSTAKAAN ANGGERIK VANILLA MBSA



PERPUSTAKAAN ANGGERIK VANILLA MBSA

Perpustakaan Anggerik Vanilla MBSA (PAV MBSA) telah mula dibuka kepada orang ramai pada 01 April 2014. PAV MBSA sedang membuat promosi keahlian percuma sehingga 31 Disember 2014

Selain ruang bacaan yang selesa, kemudahan yang disediakan adalah pinjaman buku, penggunaan komputer & wifi. 

*PAV MBSA bersebelahan dengan Pejabat Cawangan Kota Kemuning
WAKTU PERKHIDMATAN

​Hari​​​MasaTutup
​Selasa - Khamis​8.30 - 5.00 petang​1.00 petang - 2.00 petang
​Jumaat​8.30 - 5.00 petang​12.15 tengahari - 2.45 petang
​Sabtu Minggu ke 2 & 4​10.00 pagi - 4.00 petang
​Sabtu Ming​gu Pertama & 3,
Ahad, Isnin dan Cuti Umum
​Tutup

YURAN KEAHLIAN

Bil.​​KategoriYuran Keahlian


1.


Orang Awam (Dewasa)
RM 15.00 
(Pendaftaran)

RM 5.00
(Pembaharuan setiap tahun)

2.

Orang Awam (Kanak - Kanak)
(7- 12 tahun)
RM 5.00 
(Pendaftaran)

RM 5.00
(Pembaharuan setiap tahun)
3.​Golongan Kelainan Upaya (OKU)
dan Warga Emas 

​Percuma​
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi PAV MBSA di talian 03 5120 1367
 ​​​​​​​​​
​​​                 
. ​

LAMAN SENI 7 SHAH ALAM

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam

Produk Pelancongan Baru Di Shah Alam - Galakkan Aktiviti Seni Untuk Menyerlahkan Bakat Dan Kreativiti Golongan Muda​
​Program Pengindahan Lorong Belakang merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat.
Sehubungan itu, MBSA telah memilih lorong belakang kawasan komersial Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Shah Alam  untuk dijadikan Laman Seni 7 Shah Alam melalui aktiviti lukisan mural serta aktiviti seni yang lain seperti persembahan muzik jalanan (basking), jualan kraftangan dan sebagainya.
Lukisan mural ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu '3D Painting', '3D Installation', 'Street Furniture' dan 'Painting On Site'. 10 penyertaan terbaik dari setiap kategori dipilih ke peringkat  akhir untuk  dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam. Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam atau 'Shah Alam community', tarikan pelancongan atau 'tourist attraction' dan berkonsepkan kehijauan atau 'green concept'.
Kewujudan Laman Seni 7 Shah Alam ini diharapkan dapat wajah mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap kawasan lorong belakang yang tidak terurus kepada persepsi positif bahawa lorong belakang ini boleh berubah menjadi pusat tumpuan pelancongan, menggalakkan aktiviti seni dan budaya serta menyerlahkan bakat dan kreativiti orang ramai khususnya generasi muda melalui lukisan mural. Laman Seni 7 ini juga dijangka dapat menarik tumpuan pengunjung dalam dan luar negara serta menjadi produk pelancongan baru di bandar raya Shah Alam.


BAS KOM​​​​UN​ITI​

Pengenalan

  1. Perkhidmatan PERCUMA
  2. Laluan kenderaan akan melalui kawasan perumahan bertingkat dan kos rendah.​
  3. Bas dilengkapi dengan 2 unit monitor untuk mempromosikan imej Majlis.

    Sasaran  

    1. Warga Emas
    2. Orang Kelainan Upaya
    3. Golongan Berpendapatan Rendah

      Lalua​n Perlaksanaan Bas Komuniti

      1.Hentian Pusat Bandar​14.​H​entian LPPKN
      ​2.​Hen​tian Laman Budaya​15.​Hentian Pasar
      ​3.​Hentian Seksyen 2​16.​Hentian SM Sek 16
      ​4.​Hentian UITM​17.​Hentian Terminal
      ​5.​Hentian Seksyen 7​18.​Hentian Pinang
      ​6.​Hentian Institut​19.​Hentian 18
      ​7.​Hentian Unisel​20.​Hentian LKSA
      8.​Hentian UITM 2​21.​Hentian SM Sek 18
      ​9.​Hentian Padang Jawa​22.​Hentian Dataran
      ​10.​Hentian Rimba Jaya​23.​Hentian MAIS
      ​11.​Hentian Puspakom​24.​Hentian Damai
      ​12.​Hentian Selangor​25.​Hentian 11
      ​13.​Hentian Masjid 17 ​ ​​​​
        

      Hari ​​Operasi​​

      1. ​Operasi kenderaa​n (Isnin hingga Jumaat).
      2. Sabtu & ahad : Mengikut waktu dan lokasi yang ditentukan (jika perlu).

      Waktu Operasi

      1. Sehari 3 kali perjalanan iaitu jam 7.30 pagi, 11.30 pagi dan 4.30 petang.
      2. Bas akan bermula di pusat perhentian bandar seksyen 14.​​
      Sila rujuk peta laluan yang disediakan.
      Semua warga Shah Alam boleh menggunakan perkhidmatan ini secara PERCUMA.

      Tuesday, May 19, 2015

      MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM ANJUR PROGRAM 60 EARTH HOUR 2015
      – SAHUT KEMPEN SELAMATKAN BUMI
      28 MAC 2015
      6.30 PTG HINGGA 11.00 MALAM

      Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Program 60 Earth Hour bertempat di Dataran Kemerdekaan buat kali kelima yang telah dilaksanakan sejak tahun 2011 bertujuan menyampaikan maklumat berkenaan permasalahan pemanasan global (global warming) yang semakin meruncing akibat pembangunan pada masa kini. Lebih daripada 3000 pengunjung hadir memeriahkan suasana dan

      menyertai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung.

      Antara pengisian acara yang dilaksanakan adalah acara simbolik  penutupan lampu di Dataran Kemerdekaan selama sejam mulai jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

      Bangunan-bangunan dan premis-premis sekitar pusat bandar Shah Alam turut bersama-sama memadamkan lampu selama 1 jam bagi menunjukan tanda

      sokongan terhadap kempen yang dilaksanakan ini.

      Selain itu, acara utama bagi program ini adalah kayuhan malam ‘Night Cycling’ yang disertai lebih daripada 1500 pengayuh yang telah mengambil bahagian dalam

      aktiviti kayuhan mengeliling pusat bandar Shah Alam sejauh 21.6 kilometer. Antara

      laluan yang dilalui adalah Seksyen 14, 10, 4, 2, 18 dan 24. Acara kayuhan ini

      merupakan tanda sokongan terhadap kempen ini. Acara pelepasan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.

      Program 60 Earth Hour dimulakan dengan acara sampingan seperti persembahan kebudayaan dari kumpulan Balle-Balle dan ‘Sembang Santai’ bersama selebriti

      Adam Corrie. Turut diadakan solat Maghrib berjemaah dengan para pengunjung.

      Program 60 Earth Hour seterusnya diserikan dengan nyanyian lagu ‘We Love Shah Alam’. Para pengunjung juga disajikan dengan tayangan video Earth Hour,

      persembahan pancaragam dari ‘Batteryheadz Drum Line’ sebagai acara gimik pelepasan perserta berbasikal.

      Para pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan pentas iaitu persembahan instrumental ‘bamboo flute’ dari Rohaslam Hizad, persembahan pancaragam ‘Beg Pipe’ dari Sekolah Menengah Saint John dan persembahan artis

      Asfan. Pengunjung bertuah turut memenangi cabutan bertuah yang disediakan khas untuk mereka. Seramai 100 orang peserta kanak-kanak berusia diantara 4

      hingga 12 tahun menyertai pertandingan mewarna mengikut 3 kategori bertema

      ‘Berbakti Kepada Bumi’.

      Program 60 Earth Hour ini juga menyediakan pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti AMDEC, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad. Turut disediakan pameran daripada jabatan-jabatan MBSA bagi memperkenalkan pekhidmatan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh MBSA seperti Jabatan Taman & Rekreasi, Jabatan Perancangan, Jabatan Korporat & Pembangunan Komuniti, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Khidmat Pengurusan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

      Program 60 Earth Hour ini merupakan kempen global bertujuan menyampaikan maklumat berkenaan pemanasan global (global warming) yang menyebabkan kemusnahan alam sekitar. Bagi melindungi kesejahteraan dan keseimbangan alam, pihak World Wildlife Fund (WWF) telah melancarkan Kempen 60 Earth Hour  yang pertama pada tahun 2007 yang telah diadakan di Sydney, Australia. Kempen yang dilaksanakan ini adalah aktiviti tahunan yang menggalak dan memberi peluang kepada setiap individu untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap pemuliharaan alam sekitar.

      Pihak Majlis berharap melalui program seperti ini dapat mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dalam memulihara keseimbangan alam sekitar di

      muka bumi ini.  Melalui aktiviti yang dijalankan ini masyarakat juga akan mendapat maklumat dan pengetahuan mengenai usaha-usaha yang dilaksanakan diserata dunia dalam usaha memelihara alam sekitar.


      PEJABAT BERGERAK ‘SHAH ALAM ON WHEEL’
      Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ beroperasi Hari Sabtu Setiap Minggu.
      Waktu pengoperasian pejabat bergerak ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga jam 5.00 petang.
      Pengoperasian Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel ini menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kupon tempat letak kereta, pembaharuan dan semakan lesen perniagaan, kaunter aduan dan sebagainya.
      Orang Kena Kompaun (OKK) juga boleh mendapatkan peluang melangsaikan kompaun dengan menggunakan perkhidmatan Pejabat Bergerak bagi kesalahan tempat letak kenderaan dengan bayaran sebanyak RM15 sahaja. Tawaran ini hanya sah dikaunter Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’.
      Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 03-55105133 samb. 1358/1373/1507

      SHAH ALAM TREES FOR LIFE 2015
      23 MEI 2015 (SABTU)
      7.30 PAGI - 12.00 TGHRI
      IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN SELANGOR, SEKSYEN 9 SHAH ALAM

      SELAMAT DATANG
      PANEL PENILAI ANUGERAH PENGURUSAN PEJABAT DAN PENTADBIRAN CEMERLANG (APPC)

      PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2015
      19 MEI 2015 (SELASA)
      8.00 PG - 5.00 PTG
      BILIK LATIHAN CATTLEYA, TINGKAT 3(LIF B)
      WISMA MBSA


      KAMI SAYANG SHAH ALAM
      “WE LOVE CITIES – SHAH ALAM”

      Verse1
      BAYANGAN MU PUDAR KINI MENJADI JELAS
      WARNA KEINDAHAN MENGHIASI KEHIDUPAN
      TIADA AYAT DAPAT KU UCAPKAN DEMI KEIKHLASAN
      HANYA TERIMA KASIH KU BERIKAN
      Verse2
      KAN KU SAYANGI APA YANG KAU CURAHKAN
      KERNA JELAS KEHIJAUAN YANG KAU TABURKAN
      KICAUAN BURUNG BEBAS BERTERBANGAN
      SUNGGUH INDAH BILA BERSAMA
      Chorus
      WE LOVE SHAH ALAM
      TOGETHER LIVE IN HARMONY
      WE LOVE SHAH ALAM
      BE THE ONE THRU THE WORLD
      KAMI SAYANG KAN SHAH ALAM
      KAN KU NYALAKAN NAMA MU SELALU
      Bridge
      AYUH MARILAH KITA BERSAMA BERSATU
      MOGA ERATKAN JALINAN HUBUNGAN
      HANYA ITU LAH DOA YANG KU PINTA
      *** Repeat chorus till end

      LAGU AHMAD JOHAN
      LIRIK AZMI ARIF
      PENYANYI ASFAN

      PENUBUHAN MBSA
      ​Pentadbiran Shah Alam bermula dengan penubuhan MPSA pada 7 Disember 1978 mengikut Akta 71, Akta Kerajaan Tempatan. Penubuhan MPSA, itu adalah serentak dengan perisytiharan bandar Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Bagaimanapun, pentadbiran MPSA hanya mula beroperasi pada 1 Januari 1979.

      Pentadbiran MPSA bermula di sebuah rumah kedai di Seksyen 3. Jumlah kakitangannya merupakan 123 orang dan kebanyakkannya merupakan kakitangan Lembaga Bandaran. Lembagai ini diwujudkan khas di bawah pentadbiran PKNS untuk mentadbir Shah Alam. Apabila MPSA mula beroperasi, Setuaisaha Kerajaan Negeri Selangor secara automatik berperanan sebagai Yang Dipertua.

      Oleh kerana Yang Dipertua tidak sepenuh masa, maka seorang Penolong Setiausaha, telah dilantik untuk membantu tugas-tugas Yang Dipertua. Pada 1 Februari 1979, jawatan Setiausaha diwujudkan dan Encik Abu Sujak bin Mahmud dilantik untuk menyandang jawatan tersebut. Hanya pada tahun 1988, MPSA mendapat seorang Yang Dipertua sepenuh masa Jawatan Yang Dipertua ini seterusnya telah ditukar menjadi Datuk Bandar apabila Shah Alam dinaik taraf status bandaraya pada 10 Oktober 2000.

      Pada tahun 1981, pentadbiran MPSA berpindah ke Tingkat 1 dan 2 Kompleks PKNS. Seterusnya pada Oktober 1988, MPSA telah berpindah ke bangunannya sendiri iaitu Wisma MPSA. Bangunan 28 tingkat yang bernilai RM141 juta mampu menempatkan semua jabatan MPSA yang sekarang dinaik status ke MBSA di bawah satu bumbung.