Borang boleh dimuat turun seperti dibawah :-
borang memancing side A
borang memancing side B
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia dan Persatuan Pemancing-Pemancing Shah Alam, Selangor akan menganjurkan Pertandingan Memancing Shah Alam pada 20 Disember 2009 (Ahad) bertempat di Taman Tasik, Shah Alam.
Pertandingan yang juga diadakan dengan kerjasama Tourism Selangor Sdn. Bhd. (TSSB), Jabatan Perikanan Malaysia dan Galeri Shah Alam ini merupakan aktiviti tahunan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam bertujuan untuk mewujudkan lebih banyak aktiviti rekreasi dan riadah untuk mengeratkan lagi hubungan kekitanan dan semangat kekeluargaan dan muhibbah di kalangan masyarakat khususnya warga kota Shah Alam.
Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas manakala itu bagi mereka yang di bawah umur 18 tahun hanya boleh menyertai pertandingan memancing ini jika mendapatkan kebenaran bertulis dari pihak penjaga dan mengiringi mereka ketika memancing.
Kategori yang dipertandingkan adalah kategori ikan terberat. Setiap peserta akan dikenakan bayaran RM50 untuk sebatang joran dan bagi mereka yang ingin menggunakan 2 batang joran akan dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM80 sahaja.
Pihak MBSA akan menyediakan hadiah yang menarik dan lumayan keseluruhan berjumlah RM5,000 kepada para pemenang. Peserta yang mendapat tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3,000, kedua hadiah wang tunai berjumlah RM1,500, ketiga hadiah wang tunai berjumlah RM1,000. Manakala itu 10 hadiah saguhati berupa hamper akan diberikan kepada pemancing yang bertuah.
Pertandingan akan bermula pada jam 7.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari. Tarikh tutup penyertaan adalah pada jam 9.30 pagi pada hari pertandingan. 300 peserta yang terawal akan diberikan t-shirt secara percuma dan layak untuk menyertai cabutan nombor bertuah.
Selain daripada pertandingan memancing, pihak Majlis juga akan mengadakan pertandingan mewarna dan pendaftaran untuk menjadi sukarelawan Sahabat Tasik Shah Alam.
Sehubungan itu, Majlis mempelawa orang ramai khususnya yang bermastautin di kawasan Lembah Klang untuk menyertai pertandingan ini.
Mereka yang berminat untuk menyertai Pertandingan Memancing Shah Alam 2009 boleh mendapatkan borang penyertaan di Jabatan Taman & Rekreasi, MBSA, Tingkat 7, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran 40000, Shah Alam atau hubungi Puan Rita di talian 03-55222835 ataupun Puan Norhilwati di talian 03- 55222833.
Tuesday, December 8, 2009
Pertandingan Memancing Shah Alam 2009 - 20 Disember 09 (Ahad)
Labels: taman
Posted by Jabatan Korporat at Tuesday, December 08, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment