Saturday, March 21, 2009


Program Perkhemahan 1221 Urban Forest Camp
Tarikh : 17 - 20 Mac 2009
Tempat : Kem Sungai Itik, Gopeng, Perak

Program Perkhemahan 1221 Urban Forest Camp telah berjaya di laksanakan dengan jayanya. Seramai 58 peserta telah menyertai program tersebut. Pelbagai aktiviti telah disediakan bagi memenuhi masa peserta sepanjang tempoh program. Selain daripada aktiviti perkhemahan, peserta turut menjayakan Program Khidmat Masyrakat dimana semua peserta telah membuat satu lawatan ke Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Darul Hikmah sambil melakukan aktiviti gotong royong bersama. Tindak balas dari peserta amat memuaskan malah dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama mereka. Jabatan Korporat telah memberi sedikit sumbangan berbentuk makanan kepada rumah anak-anak yatim tersebut.

Kumpulan ini menunjukkan hasil kerja yang berjaya mereka siapkan

Peserta diberikan taklimat mengenai program dan pembahagian kumpulan

Urusetia sedang memberikan taklimat aktiviti yang peserta perlu laksanakan


Peserta sedang menyiapkan tugasan yang diberikan secara berkumpulan

Peserta sedang melakukan senaman pagi

Peserta perkhemahan sedang bekerjasama menghabiskan aktiviti yang diberikan

Peserta perkhemahan di rumah anak-anak yatim dan miskin Darul Hikmah sedang melakukan aktiviti gotong royong bersama




Peserta perkhemahan bergambar kenangan setelah selesai menjalani semua program yang disediakan.

0 comments: