Tuesday, May 19, 2015

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM ANJUR PROGRAM 60 EARTH HOUR 2015
– SAHUT KEMPEN SELAMATKAN BUMI
28 MAC 2015
6.30 PTG HINGGA 11.00 MALAM

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Program 60 Earth Hour bertempat di Dataran Kemerdekaan buat kali kelima yang telah dilaksanakan sejak tahun 2011 bertujuan menyampaikan maklumat berkenaan permasalahan pemanasan global (global warming) yang semakin meruncing akibat pembangunan pada masa kini. Lebih daripada 3000 pengunjung hadir memeriahkan suasana dan

menyertai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung.

Antara pengisian acara yang dilaksanakan adalah acara simbolik  penutupan lampu di Dataran Kemerdekaan selama sejam mulai jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Bangunan-bangunan dan premis-premis sekitar pusat bandar Shah Alam turut bersama-sama memadamkan lampu selama 1 jam bagi menunjukan tanda

sokongan terhadap kempen yang dilaksanakan ini.

Selain itu, acara utama bagi program ini adalah kayuhan malam ‘Night Cycling’ yang disertai lebih daripada 1500 pengayuh yang telah mengambil bahagian dalam

aktiviti kayuhan mengeliling pusat bandar Shah Alam sejauh 21.6 kilometer. Antara

laluan yang dilalui adalah Seksyen 14, 10, 4, 2, 18 dan 24. Acara kayuhan ini

merupakan tanda sokongan terhadap kempen ini. Acara pelepasan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.

Program 60 Earth Hour dimulakan dengan acara sampingan seperti persembahan kebudayaan dari kumpulan Balle-Balle dan ‘Sembang Santai’ bersama selebriti

Adam Corrie. Turut diadakan solat Maghrib berjemaah dengan para pengunjung.

Program 60 Earth Hour seterusnya diserikan dengan nyanyian lagu ‘We Love Shah Alam’. Para pengunjung juga disajikan dengan tayangan video Earth Hour,

persembahan pancaragam dari ‘Batteryheadz Drum Line’ sebagai acara gimik pelepasan perserta berbasikal.

Para pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan pentas iaitu persembahan instrumental ‘bamboo flute’ dari Rohaslam Hizad, persembahan pancaragam ‘Beg Pipe’ dari Sekolah Menengah Saint John dan persembahan artis

Asfan. Pengunjung bertuah turut memenangi cabutan bertuah yang disediakan khas untuk mereka. Seramai 100 orang peserta kanak-kanak berusia diantara 4

hingga 12 tahun menyertai pertandingan mewarna mengikut 3 kategori bertema

‘Berbakti Kepada Bumi’.

Program 60 Earth Hour ini juga menyediakan pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti AMDEC, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad. Turut disediakan pameran daripada jabatan-jabatan MBSA bagi memperkenalkan pekhidmatan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh MBSA seperti Jabatan Taman & Rekreasi, Jabatan Perancangan, Jabatan Korporat & Pembangunan Komuniti, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Khidmat Pengurusan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

Program 60 Earth Hour ini merupakan kempen global bertujuan menyampaikan maklumat berkenaan pemanasan global (global warming) yang menyebabkan kemusnahan alam sekitar. Bagi melindungi kesejahteraan dan keseimbangan alam, pihak World Wildlife Fund (WWF) telah melancarkan Kempen 60 Earth Hour  yang pertama pada tahun 2007 yang telah diadakan di Sydney, Australia. Kempen yang dilaksanakan ini adalah aktiviti tahunan yang menggalak dan memberi peluang kepada setiap individu untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap pemuliharaan alam sekitar.

Pihak Majlis berharap melalui program seperti ini dapat mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dalam memulihara keseimbangan alam sekitar di

muka bumi ini.  Melalui aktiviti yang dijalankan ini masyarakat juga akan mendapat maklumat dan pengetahuan mengenai usaha-usaha yang dilaksanakan diserata dunia dalam usaha memelihara alam sekitar.


PEJABAT BERGERAK ‘SHAH ALAM ON WHEEL’
Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ beroperasi Hari Sabtu Setiap Minggu.
Waktu pengoperasian pejabat bergerak ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga jam 5.00 petang.
Pengoperasian Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel ini menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kupon tempat letak kereta, pembaharuan dan semakan lesen perniagaan, kaunter aduan dan sebagainya.
Orang Kena Kompaun (OKK) juga boleh mendapatkan peluang melangsaikan kompaun dengan menggunakan perkhidmatan Pejabat Bergerak bagi kesalahan tempat letak kenderaan dengan bayaran sebanyak RM15 sahaja. Tawaran ini hanya sah dikaunter Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 03-55105133 samb. 1358/1373/1507

SHAH ALAM TREES FOR LIFE 2015
23 MEI 2015 (SABTU)
7.30 PAGI - 12.00 TGHRI
IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN SELANGOR, SEKSYEN 9 SHAH ALAM

SELAMAT DATANG
PANEL PENILAI ANUGERAH PENGURUSAN PEJABAT DAN PENTADBIRAN CEMERLANG (APPC)

PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2015
19 MEI 2015 (SELASA)
8.00 PG - 5.00 PTG
BILIK LATIHAN CATTLEYA, TINGKAT 3(LIF B)
WISMA MBSA


KAMI SAYANG SHAH ALAM
“WE LOVE CITIES – SHAH ALAM”

Verse1
BAYANGAN MU PUDAR KINI MENJADI JELAS
WARNA KEINDAHAN MENGHIASI KEHIDUPAN
TIADA AYAT DAPAT KU UCAPKAN DEMI KEIKHLASAN
HANYA TERIMA KASIH KU BERIKAN
Verse2
KAN KU SAYANGI APA YANG KAU CURAHKAN
KERNA JELAS KEHIJAUAN YANG KAU TABURKAN
KICAUAN BURUNG BEBAS BERTERBANGAN
SUNGGUH INDAH BILA BERSAMA
Chorus
WE LOVE SHAH ALAM
TOGETHER LIVE IN HARMONY
WE LOVE SHAH ALAM
BE THE ONE THRU THE WORLD
KAMI SAYANG KAN SHAH ALAM
KAN KU NYALAKAN NAMA MU SELALU
Bridge
AYUH MARILAH KITA BERSAMA BERSATU
MOGA ERATKAN JALINAN HUBUNGAN
HANYA ITU LAH DOA YANG KU PINTA
*** Repeat chorus till end

LAGU AHMAD JOHAN
LIRIK AZMI ARIF
PENYANYI ASFAN

PENUBUHAN MBSA
​Pentadbiran Shah Alam bermula dengan penubuhan MPSA pada 7 Disember 1978 mengikut Akta 71, Akta Kerajaan Tempatan. Penubuhan MPSA, itu adalah serentak dengan perisytiharan bandar Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Bagaimanapun, pentadbiran MPSA hanya mula beroperasi pada 1 Januari 1979.

Pentadbiran MPSA bermula di sebuah rumah kedai di Seksyen 3. Jumlah kakitangannya merupakan 123 orang dan kebanyakkannya merupakan kakitangan Lembaga Bandaran. Lembagai ini diwujudkan khas di bawah pentadbiran PKNS untuk mentadbir Shah Alam. Apabila MPSA mula beroperasi, Setuaisaha Kerajaan Negeri Selangor secara automatik berperanan sebagai Yang Dipertua.

Oleh kerana Yang Dipertua tidak sepenuh masa, maka seorang Penolong Setiausaha, telah dilantik untuk membantu tugas-tugas Yang Dipertua. Pada 1 Februari 1979, jawatan Setiausaha diwujudkan dan Encik Abu Sujak bin Mahmud dilantik untuk menyandang jawatan tersebut. Hanya pada tahun 1988, MPSA mendapat seorang Yang Dipertua sepenuh masa Jawatan Yang Dipertua ini seterusnya telah ditukar menjadi Datuk Bandar apabila Shah Alam dinaik taraf status bandaraya pada 10 Oktober 2000.

Pada tahun 1981, pentadbiran MPSA berpindah ke Tingkat 1 dan 2 Kompleks PKNS. Seterusnya pada Oktober 1988, MPSA telah berpindah ke bangunannya sendiri iaitu Wisma MPSA. Bangunan 28 tingkat yang bernilai RM141 juta mampu menempatkan semua jabatan MPSA yang sekarang dinaik status ke MBSA di bawah satu bumbung.

Wednesday, October 23, 2013

Hello Oktober 2013!




Wednesday, September 25, 2013

#SoccerKidsShahAlam2013




Karnival Soccer Kids Shah Alam 2013 

Muat turun syarat dan borang penyertaan @ 


&

Thursday, September 19, 2013

Selamat Datang Panel APPC


Tuesday, September 3, 2013

Pengurusan Tertinggi MBSA


Wednesday, May 15, 2013

KEJOHANAN FUTSAL PIALA DATUK BANDAR SHAH ALAM 2013

Monday, April 8, 2013

Program Bulan April dan Mei 2013

Program April dan Mei 2013 =D

Program Derma Darah anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Sempena Peringatan Hari Polis 206

Tarikh : 11 April 2013 (Khamis) ,

Masa :  8 pagi hingga 4 ptg 
Tempat : Dewan Seri Mawar IPK Seksyen 9 
Pertanyaan hubungi : 03 5520 2222 / 016 905 8676 / 011 2115 8645

Shah Alam Trees For Life 2013
Tarikh : 20 April 2013 (Sabtu)
Masa  : 8 pagi
Tempat : Kawasan Hijau Seksyen 4 (Cycle trek)

Majlis Pelancaran Zon Bersih MBSA 2013
Tarikh : 20 April 2013 (Sabtu)
Masa : 9 pagi
Tempat : Dewan Bola Tampar Seksyen 4 dan Kawasan Hijau Seksyen 4 (Cycle trek)

Shah Alam Exciting Race 2013
28 April 2013(Ahad)
8 pagi 
Dataran Kemerdekaan Shah Alam

KEJOHANAN FUTSAL PIALA DATUK BANDAR SHAH ALAM 2013
TARIKH : 11 & 12 MEI 2013 (SABTU & AHAD)
TEMPAT : TRIWAYS SPORT CENTRE, PDG. JAWA, SHAH ALAM

Friday, March 8, 2013

Kayuhan Malam 60 Earth Hour



Ayuh Kayuh! @ Kayuhan Malam 60 Earth Hour @ 23 Mac 2013. Untuk Penyertaan secara 'online' klik! :https://docs.google.com/forms/d/1Mn5ID7qvAzpWZaR382ICynnJnB_qaFVImNjs2YlxBMs/viewform

Wednesday, March 6, 2013

Program 2013





Thursday, December 20, 2012

Kempen Pengurangan Kompaun 2012 @ Bulan Disember dan Nombor Talian Aduan Bebas Tol